Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Nanga Salim

25 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2025 (Selasa) Jabatan Penerangan (JAPEN) Sibu, telah menjemput Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Sibu, NADI Salim, NADI Pahlawan dan NADI Kampung Jeriah untuk bersama-sama menjayakan program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Nanga Salim, Sibu. Program Kempen Internet Selamat ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 9 pagi. KIS ini telah mensasarkan pelajar tahun 1 sehingga pelajar tahun 6, SK Nanga Salim.

KIS ini merupakan salah satu initiatif daripada Kementerian Komunikasi dengan kerjasama MCMC bertujuan memperkukuh kesedaran serta keupayaan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital yang semakin membimbangkan.

Selain itu, kempen ini memfokuskan kepada isu-isu utama seperti buli siber, penipuan atas talian, perjudian digital serta kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang dilihat semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Diharapkan KIS ini dapat memberi manfaat kepada pelajar seterusnya dapat membina ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab selaras dengan matlamat kerajaan dalam memperkukuh keselamatan siber negara serta melindungi pengguna daripada risiko dan ancaman digital yang kian kompleks.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali